Portal Kebajikan Pelajar PMJ

Sistem Pengurusan Insurans, Cakna dan PBK

Admin

Pelajar Berkeperluan Khas (PBK)

Pelajar yang menjalani proses pembelajaran yang tidak sama dengan pelajar lain

Pelajar mempunyai keistimewaan/keperluan tertentu

Definisi Pelajar Berkeperluan Khas

Pelajar berkeperluan khas adalah seseorang yang mungkin memerlukan pendidikan yang tidak dapat dipenuhi menerusi arahan (instruction) dan amalan pentaksiran (assessment) biasa (contohnya: kelainan (exceptionality) seperti tingkah laku, komunikasi, intelektual, fizikal, kecerdasan/geliga (giftedness), atau keperluan lain pelajar bagi pendidikan khas. Pelajar boleh mempunyai lebih daripada satu exceptionality) – klausa 5.1.3 ISO 21001:2018

Objektif Pengurusan PBK

Objektif pengurusan pelajar berkeperluan khas meliputi beberapa aspek penting yang bertujuan untuk menyediakan sokongan yang efektif dan menyeluruh kepada pelajar tersebut:

  1. Menyediakan Sokongan yang bersesuaian

    Memastikan keperluan pendidikan khusus setiap pelajar diurus dengan tepat. Menyediakan sokongan individu yang sesuai dengan keperluan pelajar untuk memastikan kemajuan akademik dan perkembangan mereka.

  2. Penyesuaian Kurikulum dan Pembelajaran

    Merancang dan melaksanakan kurikulum yang dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelajar berkeperluan khas. Menyediakan pelbagai gaya pembelajaran dan bahan bantu yang sesuai dengan keperluan individu.

  3. Pembangunan Kemahiran Sosial dan Emosi

    Memberikan sokongan untuk membina keupayaan mengatasi kesulitan yang dihadapi dalam interaksi sosial dan penyesuaian diri.

  4. Penilaian dan Pemantauan Berterusan

    Melakukan penilaian berkala untuk mengukur perkembangan pelajar dan kesesuaian sokongan yang diberikan kepada pelajar.

  5. Latihan dan Kesedaran Staf

    Menyediakan latihan kepada staf untuk memahami kepelbagaian keperluan pelajar berkeperluan khas.

Kreteria Pemilihan Pelajar Berkeperluan Khas

Pelajar berkeperluan khas terbahagi kepada dua kreteria:

Pelajar Berkeperluan Khas Kekal

  • Kecacatan Pembelajaran: Disleksia, Disgrafia, Diskalkulia, Disfasia.
  • Kecacatan Perkembangan: Autisme Spectrum Disorder (ASD), Gangguan Perhatian dan Hiperaktiviti (ADHD), Gangguan Pembelajaran yang Berhubung kait dengan kemampuan psikomotor.
  • Kecacatan Fizikal, Kecacatan Penglihatan atau Pendengaran
  • Kecacatan Mental Pelajar: yang mengalami gangguan mental seperti depresi atau kegelisahan, Pelajar yang mengalami kesulitan dalam mengawal tingkah laku atau emosi mereka.
  • Kecacatan Medikal: Kecacatan Kronik disebabkan sebarang jenis penyakit

Pelajar Berkeperluan Khas Sementara

  • Kecacatan Fizikal: sebagai contoh kecacatan fizikal, kecacatan penglihatan atau pendengaran sementara akibat dari prosedur medikal, kemalangan, dan sebagainya.

Kekal

Pelajar mempunyai kad OKU

Kehilangan Anggota Badan

Kecacatan Penglihatan

Kecacatan Pendengaran

Lumpuh (Paraplegia / Quadriplegia)

Sementara

Patah Tangan atau Kaki

Terseliuh Teruk atau Kecederaan Otot

Pemulihan Selepas Pembedahan

Tekanan Mental atau 'Burnout' Sementara

Kecederaan Tulang Belakang Ringan (Slip Disc)

Carta Alir Pengesanan dan Penyelarasan Pelajar Berkeperluan Khas

LANGKAH 1: Pelajar Memaklumkan kepada PA tentang masalah yang dihadapi / Pensyarah Kursus atau PA merasakan pelajar mempunyai masalah dan lapor kepada pegawai kebajikan HEP / Jabatan.

LANGKAH 2: Pelajar menyerahkan dokumen bukti seperti laporan doktor dan sebagainya dan PA menyerahkan bukti kepada pegawai kebajikan HEP/Jabatan tentang masalah pelajar

LANGKAH 3: Pegawai kebajikan HEP/Jabatan meneliti kes ini dengan lebih lanjut dan memadankan dengan kreteria yang ditetapkan. Status LULUS atau GAGAL dimaklumkan kepada PA selepas pegawai membuat keputusan.

LANGKAH 4: Sekiranya LULUS, pegawai kebajikan akan menyerahkan borang PBK01 kepada PA dan PBK02 kepada pensyarah kursus untuk diisi

LANGKAH 5: PA dan Pensyarah kursus menyerahkan kembali borang kepada pegawai kebajikan untuk dimasukan kedalam senarai utama PBK

LANGKAH 6: Pegawai kebajikan HEP/Jabatan akan bertindak sebagai koordinator kepada pelajar PBK bagi menyelaras setiap keperluan pelajar sehingga pelajar tamat atau tempoh PBK telah tamat

Takwim Pelaksanaan PBK

MINGGU PROSES KERJA TINDAKAN
M1 Kumpul maklumat PBK daripada jabatan / unit. PKHEP
M2 Edar maklumat dan borang PBK01 kepada PA PKHEP
M3 PA kenalpasti pensyarah kursus yang terlibat dengan PBK dan edarkan borang PBK02 PA
M4 PK buat perancangan PDP dan penilaian bagi PBK dan isi borang PBK02
PK serahkan borang yang lengkap kepada PA.
PK
M5 Semakan borang PBK01 dan PBK02 yang dihantar. Serahkan borang yang lengkap ke HEP PA
M6 Serahkan borang PBK ke unit yang terlibat. CISEC/ LI/ ULPL dan lain-lain. PKHEP
M7 Unit – unit terlibat mengisi borang PBK. Serahkan borang lengkap kepada HEP. KU
M3 – M14/15/16 Pensyarah Kursus/ Unit melaksanakan perancangan seperti di nyatakan di dalam borang PBK. Simpan semua bukti berkaitan PBK untuk tujuan audit. PK

Borang Pelajar Berkeperluan Khas (PBK)

Borang PBK 1

Diisi oleh Penasihat Akademik (PA) bagi pelajar yang terlibat.

Borang PBK 2

Diisi oleh pensyarah kursus yang sedang mengajar pelajar pada semester semasa.

Borang PBK 3

Diisi oleh pelajar yang telah kembali sihat dan tidak lagi berada di bawah status PBK.

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik. Diisi oleh pelajar yang berdaftar di bawah status PBK.